Kuala Lumpur, 9 April 2026 - Alliance Bank Malaysia Berhad (“Alliance Bank” or “the Bank”) today announced that it is offering targeted assistance measures to support customers affected by the ongoing global geopolitical uncertainties.
The targeted measures are intended to help ease short term financial pressures, support cash flow continuity, and assist customers in managing their financial commitments during this period.
The assistance will be made available to both individual and business customers, including small and medium enterprises (SMEs), and will be assessed on a case by case basis, taking into account customers’ respective financial circumstances.
The Bank will work closely with affected customers to explore appropriate repayment flexibility or other relief options, where necessary, to help address temporary financial challenges.
Customers who anticipate difficulties in meeting their repayment obligations are encouraged to engage early with the Bank. Assistance can be sought by contacting relationship managers or reaching out through the bank’s official customer service channels.
Alliance Bank will continue to monitor developments closely and remains committed to supporting its customers through this period of heightened uncertainty.
Kuala Lumpur, 9 April 2026 - Alliance Bank Malaysia Berhad (“Alliance Bank” atau “Bank”) hari ini mengumumkan langkah bantuan bersasar bagi menyokong pelanggan yang terkesan akibat ketidaktentuan geopolitik global yang berterusan.
Bantuan bersasar ini bertujuan untuk meringankan kekangan kewangan jangka pendek, memastikan kelangsungan aliran tunai, serta membantu pelanggan mengurus komitmen kewangan mereka sepanjang tempoh ini.
Bantuan ini akan ditawarkan kepada pelanggan individu dan perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan akan dinilai berdasarkan keadaan kewangan serta keperluan setiap pelanggan ataupun kes demi kes.
Bank akan bekerjasama rapat dengan pelanggan yang terjejas untuk meneliti pilihan fleksibiliti pembayaran balik atau bentuk bantuan lain yang bersesuaian bagi menangani cabaran kewangan sementara.
Pelanggan yang menjangkakan kesukaran memenuhi komitmen pembayaran balik digalakkan untuk menghubungi pihak Bank lebih awal. Permohonan bantuan boleh dibuat dengan menghubungi pengurus perhubungan masing-masing atau melalui saluran khidmat pelanggan rasmi Bank.
Alliance Bank akan terus memantau perkembangan semasa dengan teliti dan kekal komited untuk menyokong para pelanggannya sepanjang tempoh ketidaktentuan yang semakin meningkat ini.
###