03 October 2022

Pembaharuan Kad Debit

Announcement

Sila semak tarikh luput Kad Debit anda. Kad Debit baharu akan dihantar kepada anda tiga (3) bulan sebelum tarikh luput kad sedia ada anda.

Kad Debit baharu akan dihantar ke alamat surat-menyurat akaun Semasa atau Simpanan (CASA/-i) terkini* anda yang telah dibuka dan dihubungkan dengan Kad Debit anda seperti berikut:

  1. Kad akan dihantar melalui kurier ke alamat di Malaysia/Singapura.
  2. Jika alamat ialah alamat Peti Surat, kad baharu akan dihantar melalui mel biasa.
  3. Jika alamat surat-menyurat anda berada di luar negara, anda boleh menghubungi kami untuk mengatur agar kad dihantar ke alamat luar negara anda (caj kurier dikenakan). Sebagai alternatif, anda boleh mengemaskini alamat surat-menyurat ke alamat tempatan 3 bulan sebelum kami menghantar kad tersebut.

Anda akan dimaklumkan bahawa status penghantaran Kad Debit baharu melalui SMS.
*Bagi pemegang akaun bersama atau kanak-kanak bawah umur, Kad Debit yang diperbaharui akan dihantar ke alamat surat-menyurat pemegang akaun CASA/-i utama.

Untuk memastikan penghantaran kad anda lancar, sila kemaskini alamat surat-menyurat (sekiranya terdapat apa-apa perubahan) CASA/-i 3 bulan sebelum kad baharu dihantar kepada anda. Anda boleh mengemaskini alamat surat-menyurat akaun anda melalui pilihan-pilihan berikut:

  1. allianceonline di tab “My Profile”(Kemaskini alamat Peti Surat melalui allianceonline tidak dibenarkan) atau
  2. Hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di +603 5516 9988.

Untuk pertanyaan lain, sila rujuk FAQ

Nota penting semasa pengaktifan Kad Debit:

Sila aktifkan Kad Debit baharu anda selewat-lewatnya 1 bulan selepas tamat tempoh Kad Debit sedia ada anda. Selepas itu, Kad Debit baharu tidak boleh diaktifkan lagi. Anda boleh memohon Kad Debit baharu di cawangan Alliance Bank yang terdekat.

Pastikan PIN 6 Digit Kad Debit anda ada bersama anda. Jangan dedahkan PIN Kad Debit anda kepada sesiapa.

Cara mengaktifkan Kad Debit baharu:

Pilihan 1 : Aplikasi mudah alih allianceonline

Pilihan 2 : Laman web allianceonline

Pilihan 3 : Di mana-mana mesin ATM Alliance Bank

Sebaik sahaja anda telah mengaktifkan Kad Debit baharu anda, sila musnahkan kad lama/tamat tempoh anda serta-merta dengan memotongnya kepada beberapa bahagian dan memastikan bahagian cip dan jalur magnetik rosak sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di +603-5516 9988.

Produk deposit dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.