SocioBiz

Empowering Lives Through Community Support

Where Your Contributions Build a Sustainable Future

Mencapai Kelestarian Insan Melalui Sokongan Masyarakat

Sumbanglah kepada Masa Depan Yang Bebas Dari Belenggu Kemiskinan


 
SocioBiz
41 Campaigns Listed
41 Campaigns Completed
RM 2,698,580 Amount Raised

In 2019, Alliance Islamic Bank launched SocioBiz , a Shariah-compliant social funding platform dedicated to empowering individuals from all walks of life. We connect those seeking financial support-whether to start or grow a business, gain new skills, or overcome hardship-with a community of donors eager to uplift their aspirations. SocioBiz created opportunities for meaningful impact by uniting like-minded individuals and organizations, amplifying the reach and value of their contributions.

Our goal is to foster sustainable livelihoods and drive lasting positive change by offering a transparent and trustworthy avenue for donation to directly support those working towards economic independence. Rooted in our commitment to effective zakat distribution, SocioBiz reflects our belief in the transformative power of community support.

Our Mission

At SocioBiz, we empower individuals to build sustainable livelihoods through entrepreneurship, skills development, and financial support. Our transparent and accessible platform connects those in need with a compassionate donor community, driving economic independence and long-term positive change. We are committed to upholding Islamic finance principles and ensuring every contribution creates meaningful impact - strengthening communities, one person at a time.

41 Kempen Disenaraikan
41 Kempen Selesai Dibiayai
RM 2,698,580 Jumlah Dana Terkumpul

Pada tahun 2019, Alliance Islamic Bank telah melancarkan SocioBiz, sebuah platform pembiayaan sosial patuh Shariah yang diwujudkan khusus untuk meningkatkan potensi ekonomi individu-individu dari lapisan masyarakat yang memerlukan. Kami menghubungkan mereka yang memerlukan sokongan kewangan—sama ada untuk memulakan atau membesarkan perniagaan, mendapat kemahiran baharu atau mengatasi kepayahan hidup—dengan komuniti penderma yang berhasrat untuk membantu. SocioBiz membuka peluang untuk perubahan bermakna dengan menghubungkan individu dan organisasi yang mendukung nilai kemasyarakatan, sekaligus memperluaskan capaian serta nilai sumbangan mereka.

Matlamat kami adalah untuk membantu menjana sumber pendapatan yang mampan serta memacu perubahan positif yang berkekalan dengan menawarkan saluran sumbangan yang telus dan diyakini. Ini bertujuan untuk menyokong secara langsung mereka yang berusaha mencapai kemandirian ekonomi. Selain ianya berteraskan komitmen kami untuk meningkatkan impak dan kecekapan pengagihan zakat, SocioBiz juga mencerminkan kepercayaan kami bahawa kuasa perubahan harus dipacu sokongan komuniti.

Misi Kami

Melalui SocioBiz, kami memberi kuasa kepada individu untuk membina kehidupan yang mampan melalui keusahawanan, pembangunan kemahiran, dan sokongan kewangan. Platform kami yang telus dan mudah diakses menghubungkan mereka yang memerlukan bantuan dengan komuniti penyumbang yang prihatin; lantas mendorong kemandirian ekonomi dan perubahan positif yang berkekalan. Kami komited untuk mendukung prinsip pematuhan Syariah, menegakkan prinsip kewangan Islam dan memastikan setiap sumbangan memberi impak bermakna dan mengutuhkan sosio-ekonomi masyarakat secara berterusan.

Value Proposition

Discover the unique benefits of supporting sustainable livelihoods through SocioBiz by Alliance Islamic Bank. The platform offers Shariah-compliant funding with verified beneficiaries, transparent fund collection, and a strong commitment to maximising donor impact. Partner with us to create meaningful, lasting change in communities.

  • 100% Goes to the Cause
    Every Ringgit you donate goes directly to campaign beneficiaries. All platform and management fees are covered by Alliance Islamic Bank.
  • Shariah-Compliant Platform
    Operates in full accordance with Islamic finance principles, ensuring ethical transparent, and responsible fund management.
  • Verified Beneficiaries
    Partners with reputable organisations to thoroughly vet recipients, ensuring fund integrity.
  • Double the Impact
    Every ringgit donated is matched by at least another ringgit from Alliance Islamic Bank, doubling your contribution’s impact.
  • Trusted Financial institution and Reputable Partners
    Backed by Alliance Islamic Bank and a network of credible, purpose-driven partners.

Proposisi Nilai

SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank merupakan platform yang menawarkan pembiayaan sosial patuh Shariah untuk penerima-penerima yang disahkan melalui proses kutipan dana penyumbang yang telus. Komitmen kami adalah untuk memaksimumkan kesan positif setiap sumbangan. Jadilah rakan kerjasama kami dalam membawa perubahan yang bermakna dan berkekalan kepada masyarakat.

  • 100% Disalurkan kepada Penerima
    Setiap ringgit yang anda sumbangkan disalurkan sepenuhnya kepada penerima manfaat tanpa potongan. Semua yuran platform dan pengurusan ditanggung sepenuhnya oleh Alliance Islamic Bank.
  • Platform Patuh Shariah
    SocioBiz beroperasi sepenuhnya mengikut prinsip kewangan Islam, memastikan pengurusan dana yang beretika, telus dan bertanggungjawab.
  • Pengesahan Penerima Manfaat
    Demi memastikan setiap dana disalurkan dengan penuh integriti, kami bekerjasama dengan organisasi yang dipercayai bagi menjalankan saringan yang menyeluruh ke atas semua penerima.
  • Impak Berganda
    Setiap ringgit yang disumbangkan akan dipadankan dengan sekurang-kurangnya sumbangan RM1 daripada Alliance Islamic Bank, sekali gus menggandakan nilai sumbangan anda.
  • Institusi Kewangan Dipercayai & Rakan Kongsi Bereputasi
    SocioBiz diterajui oleh Alliance Islamic Bank dan juga rangkaian rakan strategik yang seiring dengan kami mendukung matlamat meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat.

Our Partners

Rakan Kongsi Kami

Alliance Islamic Bank collaborates with key partners for SocioBiz. GS Global Guardian Sdn Bhd., a Shariah-compliant Islamic fintech venture builder, powers the crowdfunding platform.

Among the beneficiary partners are Yayasan Sejahtera (YS), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM), and accredited social enterprises. These organisations play a vital role in managing and verifying recipients, providing regular updates on fund utilisation and issuing tax receipts for donors (where applicable) - ensuring full transparency and accountability throughout.

Since its inception, SocioBiz has expanded its reach by partnering with numerous other reputable organisations. These partnerships enhance the platform’s impact and outreach, enabling us to empower even more individuals and communities in their pursuit of sustainable livelihoods.

Alliance Islamic Bank bekerjasama dengan rakan-rakan strategik utama untuk memastikan keberkesanan dan integriti SocioBiz. GS Global Guardian Sdn. Bhd., sebuah syarikat pembangunan teknologi kewangan Islam yang patuh Shariah, mengendalikan platform pembiayaan sosial ini.

Antara rakan pelaksana utama termasuk Yayasan Sejahtera (YS), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), serta pelbagai organisasi perusahaan sosial yang diiktiraf. Organisasi-organisasi ini memainkan peranan penting dalam mengurus dan mengesahkan penerima manfaat, memantau dan melaporkan penggunaan dana, serta mengeluarkan resit pengecualian cukai kepada penderma — memastikan ketelusan dan akauntabiliti sepenuhnya.

Jalinan ini mempertingkatkan impak platform dan membantu kami memperkasakan lebih ramai individu dan kelompok masyarakat dalam usaha mereka mencapai kehidupan yang mampan.

Can't find what you're looking for?

Leave your details and we'll call at a time that works for you.