Ways to Reduce your Housing Loan/Financing

Alternatif untuk meringankan Pinjaman/Pembiayaan Perumahan anda

Rasa beban daripada bayaran ansur bulanan perumahan anda? Anda boleh mempertimbangkan untuk mengurangkan beban kewangan anda dengan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 

Layari laman KWSP Portal untuk maklumat lanjut.

Kelayakan untuk Pengeluaran KWSP EPF

  • Warganegara dan Bukan Warganegara (PR atau daftar sebagai Ahli KWSP)
  • Umur bawah 55 tahun semasa permohonan
  • Sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2
  • Membeli/membina sebuah rumah kediaman
  • Masih mempunyai tunggakan pinjaman/pembiayaan perumahan dengan pemberi pinjaman/pembiayaan yang diiktiraf oleh KWSP
  • Ansuran bulanan telah bermula
Untuk maklumat lanjut, layari panduan untuk Pengeluaran KWSP .

Harap maklum bahawa anda akan dikenakan caj bank sebanyak RM50 untuk permintaan penyata pengeluaran KWSP.

Panduan permohonan Pengeluaran KWSP

Pengeluaran melalui i-Akaun
01  
Log masuk ke i-akaun KWSP dalam laman KWSP portal.
02  
Klik tab “Withdrawal”. Dari halaman “e-Pengeluaran”, mulakan permohonan baharu.
03  
Pilih seperti yang berikut
Jenis Pengeluaran : Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Jenis Institusi : Financial
Nama Institusi : Alliance Bank
04  
Isikan maklumat yang diperlukan dan hantar.
05  
Setelah siap, kunjungi cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari Pengeluaran.


Pengeluaran Manual Anda boleh memohon pengeluaran manual dengan langkah-langkah yang berikut:
01  
Isi borang permohonan pengeluaran di sini.
02  
Minta Penyata Baki Pinjaman Perumahan dari bank dengan menghubungi talian perkhidmatan bank atau mengunjungi mana-mana cawangan bank. Kutipan dokumen di cawangan bank atau melalui pos.
03  
Kunjungi cawangan KWSP yang terdekat untuk menghantar borang permohonan.

 

Saluran Komunikasi KWSP

 

Cara Menghubungi KWSP:

Talian Perkhidmatan KWSP: 03 89226000
Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi KWSP melalui saluran yang lain di sini.
Cawangan KWSP: Lokasi Cawangan KWSP