Post Moratorium FAQs for Businesses

 

FAQs on Payment Relief Assistance Programme
(Businesses)

Soalan Lazim Berkenaan Bantuan Pelepasan Pembayaran (Untuk Perniagaan)
 

 

  1. How can the bank help us?
    The bank is offering Payment Relief Assistance to businesses that have experienced reduced business income, or that belong to a highly impacted sector such as the tourism, restaurant, hotels and aviation sectors.

    We have also expanded our Payment Relief Assistance packages to offer micro small and medium enterprises (Micro-SMEs) customers either a 3-month loan/financing moratorium or 50% reduction in instalment amount for 6 months.
     
  2. Will the Payment Relief Assistance programme be extended?
    We will continue to offer our customers Payment Relief Assistance programme from 1 December 2020 until 30 June 2021.

    We also offer Payment Relief Assistance to micro SMEs with more options to help ease their financial commitment.
     
  3. Who are the micro-SMEs that qualify for the expanded Payment Relief Assistance?
    Micro-SMEs that qualify for the expanded Payment Relief Assistance programmes are those that fit the description in the Guideline on SME Definition issued by SME Corporation Malaysia. This applies to businesses across all sectors with sales turnover of less than RM300,000 or have less than 5 full-time employees.

    Micro-SMEs that qualify must have a loan or financing facility(ies) of up to RM150,000 with Alliance Bank / Alliance Islamic Bank.
     
  4. Who is eligible for the Payment Relief Assistance programme?
    Customers with existing loan/financing facility(ies) with Alliance Bank and/or Alliance Islamic Bank whose source of income have been affected by the COVID-19 pandemic are eligible for Payment Relief Assistance.

    The loan/financing facility(ies) must not be in arrears exceeding 90 days on the date of application.
     
  5. How do I apply for the Payment Relief Assistance programme?
    Please leave your contact details here and we will be in touch with you to discuss Payment Relief Assistance options that would suit your needs.
    You may also contact your Relationship Manager.
     
  6. Will the application for payment relief assistance affect my credit rating in Central Credit Reference Information System (CCRIS) report by Bank Negara Malaysia?
    Your application for our Payment Relief Assistance programme will not be reflected in your CCRIS record if you have successfully applied by 30 June 2021.
     
  7. My business did not enrol for the 6-Months Automatic Moratorium Programme. Am I still eligible to apply for the Payment Relief Assistance?
    The Payment Relief Assistance is for all our customers who have been affected by the COVID-19 pandemic.

    If you are facing financial difficulties in servicing your monthly commitments, please leave us your contact details here. We will contact you to discuss Payment Relief Assistance options as soon as possible.
     
  8. My business has been affected by the COVID-19 pandemic. We are experiencing a loss/reduction of income and will have difficulty servicing our loan/financing payments when the moratorium ends. How can the bank help me?
    Please contact your relationship manager as soon as possible to discuss Payment Relief Assistance that can help ease your financial commitments.

    You may also leave us your contact details here and we will contact you as soon as possible.
     
  9. When is the last day for me to apply for the Payment Relief Assistance?
    The last day to apply for Payment Relief Assistance is 30 June 2021.
     
  10. What happens to my monthly loan/financing instalments after the 6-months automatic moratorium has ended?
    For loans/financing where the interest/profit is against the Base Lending/Financing Rate (BLR/BFR), the instalment amount will be revised to ensure your loan/financing account matures in accordance to the contracted tenure of your Letter of Offer.

    By now, you should have received a letter from us regarding the new monthly instalment amount to be paid effective from October 2020.

    If you have not received a notification from us, please contact your relationship manager or send an e-mail to us at info@alliancefg.com.
     
  11. Are there alternative options if my application for the Payment Relief Assistance is not approved?
    You may seek assistance from any of the following agencies:
     
  1. Bagaimanakah pihak bank boleh membantu kami?
    Pihak bank menawarkan Bantuan Pelepasan Pembayaran kepada perniagaan yang mengalami pengurangan pendapatan, atau dari sektor yang terjejas seperti pelancongan, restoran, penerbangan dan hotel.

    Kami juga menawarkan pakej Bantuan Pelepasan Pembayaran seperti moratorium pinjaman/pembiayaan 3 bulan atau pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan kepada mikro SME.
     
  2. Adakah program Bantuan Pelepasan Pembayaran akan dilanjutkan?
    Kami akan terus menawarkan program Bantuan Pelepasan Pembayaran kepada pelanggan dari 1 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

    Kami juga menawar program Bantuan Pembayaran Pembayaran kepada mikro SME dengan lebih banyak pilihan untuk membantu mengurangkan komitmen kewangan mereka.
     
  3. Siapakah mikro SME yang memenuhi syarat Bantuan Pelepasan Pembayaran?
    Mengikut Garis Panduan Definisi SME yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia, Mikro SME adalah perniagaan dari semua sektor dengan perolehan penjualan kurang dari RM300,000 atau mempunyai kurang dari 5 pekerja sepenuh masa.

    Mikro SME yang memenuhi syarat mesti mempunyai pinjaman atau kemudahan pembiayaan sehingga RM150,000 dengan Bank.
     
  4. Siapakah yang layak menerima Bantuan Pelepasan Pembayaran?
    Semua pelanggan Alliance Bank/Alliance Islamic Bank dengan pinjaman/kemudahan pembiayaan dengan pihak bank dimana sumber pendapatan mereka terjejas oleh wabak COVID-19 layak untuk program Bantuan Pelepasan Pembayaran.

    Ini adalah dengan syarat bahawa kemudahan pinjaman/kemudahan pembiayaan pelanggan yang sedia ada dengan pihak bank adalah tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan.
     
  5. Bagaimanakah saya boleh memohon Bantuan Pelepasan Pembayaran?
    Sila tinggalkan maklumat anda di sini dan kami akan menghubungi anda untuk membincangkan pilihan yang paling sesuai untuk anda di bawah program Bantuan Pelepasan Pembayaran.

    Anda juga boleh menghubungi Pengurus Perhubungan (RM) anda untuk memohon Bantuan Pelepasan Pembayaran.
     
  6. Adakah skor kredit saya dalam laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) oleh Bank Negara Malaysia terjejas sekiranya saya mengambil Bantuan Pelepasan Pembayaran?
    Permohonan ini tidak akan menjejaskan rekod CCRIS anda sekiranya anda berjaya memohon Bantuan Pelepasan Pembayaran sebelum 30 Jun 2021.
     
  7. Perniagaan saya tidak didaftarkan untuk Program Automatik Moratorium selama 6 Bulan. Adakah saya masih layak untuk memohon Bantuan Pelepasan Pembayaran?
    Bantuan pelepasan pembayaran terbuka kepada para pelanggan yang terjejas oleh wabak COVID-19 dari segi pendapatan. Ini adalah dengan syarat bahawa pinjaman/ kemudahan pembiayaan pelanggan yang sedia ada dengan pihak bank tidak tertunggak dan tidak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan.

    Sekiranya anda menghadapi kesukaran dalam pembayaran pinjaman/pembiayaan bulanan anda, sila tinggalkan maklumat anda di sini agar kami dapat menghubungi anda untuk membincangkan pilihan Bantuan Pelepasan Pembayaran yang sesuai untuk anda secepat mungkin.
     
  8. Perniagaan saya menghadapi kesukaran disebabkan oleh wabak COVID-19. Kami mengalami kerugian/pengurangan pendapatan dan akan menghadapi kesukaran untuk membayar balik pinjaman/pembiayaan apabila moratorium berakhir. Bagaimanakah pihak bank boleh membantu saya?
    Sila hubungi Pengurus Perhubungan (RM) anda secepat mungkin agar kami dapat menghubungi anda untuk berbincang dengan tentang pakej Bantuan Pelepasan Pembayaran yang dapat membantu anda memenuhi komitmen kewangan anda.

    Anda juga boleh meninggalkan maklumat anda di sini untuk kami menghubungi anda.
     
  9. Apakah tarikh tutup untuk saya memohon Bantuan Pelepasan Pembayaran?
    Hari terakhir untuk memohon Bantuan Pelepasan Pembayaran adalah pada 30 Jun 2021.
     
  10. Apakah yang akan berlaku dengan pinjaman/pembiayaan ansuran bulanan saya selepas moratorium automatik 6 bulan?
    Untuk pinjaman/pembiayaan berdasarkan Kadar Dasar Pinjaman/Dasar Pembiayaan (BLR/BFR), bayaran ansuran akan diubah untuk memastikan akaun pembiayaan anda matang mengikut tempoh yang tertera di dalam kontrak Surat Tawaran anda.

    Buat masa ini, anda telah menerima surat dari kami yang memaklumkan jumlah ansuran bulanan baru anda yang akan dibayar mulai Oktober 2020.

    Sekiranya anda tidak menerima sebarang pemberitahuan daripada pihak bank, anda boleh menghubungi Pengurus Perhubungan (RM) anda atau e-mel kepada kami di info@alliancefg.com.
     
  11. Apakah pilihan saya jika permohonan saya untuk Bantuan Pelepasan Pembayaran tidak diluluskan?
    Anda boleh memohon bantuan daripada agensi berikut: