English  : BM

Keistimewaan perbankan yang eksklusif
untuk perniagaan anda.


Dapatkan akses kepada rangkaian penuh penyelesaian perbankan keutamaan yang disediakan
secara eksklusif untuk anda mengembang dan meluaskan perniagaan PKS anda!

Sebagai pelanggan/ahli/rakan niaga yang dihargai rakan kongsi perniagaan kami, anda mempunyai akses kepada rangkaian penyelesaian perbankan keutamaan yang komprehensif. Daripada kadar deposit perniagaan keutamaan dan pengecualian yuran perbankan dalam talian, kepada pembiayaan modal kerja tanpa cagaran, anda mendapat keistimewaan perbankan yang terbaik untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan perniagaan anda.


Semuanya bermula apabila anda membuka Akaun Semasa Perniagaan/-i Alliance dengan deposit permulaan minimum RM500!

*Ahli PIDM. Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 untuk setiap pendeposit.
**Sekiranya terdapat perubahan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR), Bank berhak untuk menyemak semula kadar faedah/keuntungan berkuat kuasa serta-merta.

Maksimumkan pendapatan perniagaan anda dengan akaun semasa perniagaan/-i yang memberi faedah/keuntungan*.

Peroleh kadar faedah/keuntungan sehingga 2.00% p.a. ** untuk deposit akaun semasa perniagaan/-i Ringgit (MYR). Kami membuat pembukaan akaun di premis perniagaan anda!


Baki Akhir Harian Kadar Faedah/Keuntungan
(setahun)**
RM30,000 hingga ke bawah RM100,000 1.05%
RM100,000 hingga ke bawah RM500,000 1.25%
RM500,000 hingga ke bawah RM2,000,000 1.70%
RM2,000,000 dan ke atas 2.00%

Dapatkan pulangan yang lebih tinggi dengan kadar e-deposit tetap/berjangka keutamaan*.

Nikmati kadar faedah/keuntungan istimewa ** untuk penempatan e-deposit tetap/berjangka anda melalui Perbankan Dalam Talian Alliance BizSmart® (dana baharu sekurang-kurangnya RM50,000 diperlukan).


Tempoh Kadar Faedah/
Keuntungan Keutamaan
3 Bulan 0.20%p.a. atas kadar biasa
6 Bulan

Berurus niaga dengan mudah dan nikmati penjimatan hebat
dengan Perbankan Dalam Talian Alliance BizSmart®.

Nikmati pengecualian yuran berikut apabila anda melanggan dan melakukan transaksi melalui Perbankan Dalam Talian Alliance BizSmart®.

Jenis Yuran dan Caj Pakej Standard
(Pemilik Tunggal)
Pakej Standard
(PKS & Entiti Perniagaan Lain)
Tawaran Keistimewaan
SME Biz
Yuran Langganan Bulanan RM5 RM30 Dikecualikan
Yuran Transaksi Yuran dan
caj standard dikenakan
Yuran dan
caj standard dikenakan
Dikecualikan
Token Keselamatan
(Token Mudah Alih dan Token Perkakasan)
Dikecualikan untuk 1 unit Token Mudah Alih.
RM70 untuk setiap Token Perkakasan
dan setiap Token Mudah Alih tambahan
Dikecualikan untuk 2 unit Token Mudah Alih.
RM70 untuk setiap Token Perkakasan tambahan
Mengikut Pakej Standard
Yuran Pembaharuan Sijil
Digital Tahunan
Dikecualikan untuk tahun pertama.
RM50 seunit setiap tahun.
Dikecualikan untuk tahun pertama.
RM50 seunit setiap tahun.
Dikecualikan

Penuhi salah satu daripada kriteria berikut untuk menikmati pengecualian yuran:

Kekalkan purata baki akaun semasa bulanan
sekurang-kurangnya RM50,000 (untuk PKS)
dan RM30,000 (untuk Pemilik Tunggal).

Lakukan sekurang-kurangnya
10 e-pembayaranyang berjaya setiap bulan.

Tiada pengeluaran cek
sepanjang bulan.

Biayai pertumbuhan perniagaan anda dengan
pembiayaan modal kerja tanpa cagaran.

Pembiayaan sehingga RM1 Juta

Dengan tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun.

Kadar pembiayaan yang kompetitif

Dari serendah Kadar Pinjaman Asas (BLR) + 2.8% setahun
(termasuk sebarang yuran jaminan)

Tidak memerlukan cagaran

Anda tidak perlu mencagarkan sebarang harta atau deposit untuk memohon

Permohonan yang mudah

Dokumentasi minimum untuk memulakan permohonan anda:

  • Borang pendaftaran perniagaan
  • No. K.P Pengarah/Penjamin
  • Penyata bank 6 bulan terkini untuk akaun semasa

Keperluan permohonan pinjaman/pembiayaan perniagaan:

  • Perniagaan yang didaftarkan di Malaysia, adalah perniagaan yang dikawal dan dimiliki oleh rakyat Malaysia (sekurang-kurangnya pegangan saham sebanyak 51%)
  • Mesti berada dalam bidang perniagaan yang sama selama sekurang-kurangnya 3 tahun mengikut Pendaftaran Syarikat (ROC) atau Pendaftaran Perniagaan (ROB)
  • Hasil jualan tahunan sekurang-kurangnya RM500,000

Penyelesaian perbankan keutamaan lain untuk perniagaan anda.

Dapatkan kadar pertukaran asing (FX)
keutamaan untuk mata wang terpilih

Nikmati penjimatan sehingga 200 pip
daripada kadar kaunter untuk transaksi FX
anda di kaunter atau melalui Perbankan Dalam Talian
Alliance Bizsmart® (Untuk USD dan EUR sahaja)

Lindungi perniagaan anda dan dapatkan
diskaun ke atas premium/caruman untuk
pelan bankasurans anda

Dapatkan penyelesaian bankasurans
tersuai dengan Z-Alliance Biz Protect.
Nikmati diskaun sebanyak 5% ke atas
premium/caruman untuk semua produk
Insurans Am Zurich.

Melangkah lebih jauh dan memberi anda lebih banyak ganjaran.

Sebagai rakan niaga yang dihargai rakan kongsi perniagaan kami, anda mempunyai komitmen penuh kami dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan keistimewaan eksklusif. Apabila anda berjaya membuka akaun semasa perniagaan/-i, anda akan diiktiraf sebagai pelanggan Biz Privilege kami. Syarikat anda layak ke peringkat lebih tinggi dengan ganjaran lebih besar jika anda memenuhi keperluan di bawah.

Akaun semasa perniagaan/-i dibuka melalui pendaftaran di Perbankan Dalam Talian Alliance BizSmart®

Ambil Insurans Am (GI) dan aktifkan Perbankan Dalam Talian Alliance Bank BizSmart® dengan minimum 15 e-pembayaran dalam setiap suku tahun kalendar

Ambil Insurans Am (GI) dan aktifkan Perbankan Dalam Talian Alliance Bank BizSmart® dengan minimum 30 e-pembayaran dalam setiap suku tahun kalendar

Mohon sekarang untuk menikmati semua keistimewaan eksklusif di atas!

Tinggalkan butiran anda di bawah dan kami akan menghubungi anda tidak lama lagi.

Jika anda ingin berkongsi dengan pelanggan atau rakan kongsi perniagaan anda tentang keistimewaan perbankan ini, pergi ke halaman 'Rujuk Sekarang' di bawah dan klik pada 'Jana Pautan' dan kongsi pautan dengan mereka!