BANTU KAMI MEMPERKASAKAN IBU TUNGGAL

Special rates & exclusive gifts await you!*

Empowering Youth Through Nutrition

Meningkatkan taraf hidup masyarakat yang kurang bernasib baik melalui kemahiran


Alliance Islamic Bank (“AIS”), melalui inisiatif SocioBiz telah melaksanakan kempen MAH-SURI bertujuan untuk memperkasa ekonomi dan kehidupan 100 ibu tunggal yang kurang bernasib baik di Langkawi. Mereka akan diberi latihan teknik jahitan kreatif, reka bentuk dan pembangunan produk bagi membantu mereka untuk menjana pendapatan. Melalui kempen ini, peserta akan membangunkan jenama kraftangan mampan buatan tempatan yang PERTAMA di Langkawi melalui linen katil hotel yang dikitar semula kepada produk eko-inovatif baharu dan fesyen yang mampan. Kami berhasrat untuk mengumpul dana sejumlah RM70,000 untuk menyediakan kelengkapan menjahit bagi membantu ibu-ibu ini menjana pendapatan tambahan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.

Kempen: Memperkasakan ibu tunggal yang kurang berkemampuan dengan kemahiran menjahit di Langkawi


SURI Inspirasi Sdn. Bhd ialah satu entiti Perusahaan Sosial bertauliah yang ditubuhkan pada 30 September 2016 yang memberi tumpuan kepada mewujudkan ekonomi kitar semula melalui pengeluaran produk kitar semula yang mampan daripada sisa komersial. Usaha SURI ialah untuk memperkasakan ibu-ibu yang kurang bernasib baik atau dari golongan B40 dengan menyediakan peluang ekonomi dan kemahiran menjahit. SURI menyediakan kepakaran perniagaan fesyen yang kreatif dan inovatif, latihan, pengajaran, perundingan dan kepakaran vokasional yang memberi tumpuan kepada ibu-ibu tunggal yang kurang berkemampuan.

Kami berhasrat untuk menyediakan kelengkapan menjahit bagi membantu ibu-ibu tunggal yang kurang bernasib baik di Langkawi untuk menjana pendapatan tambahan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.
Marilah kita bersama-sama membantu memperkasa ibu tunggal yang kurang bernasib baik dengan kemahiran menjahit di Langkawi.
Imbas QR untuk menderma
Untuk setiap RM1 yang anda dermakan, bank akan memadankan sumbangan sebanyak 3 kali