Akaun Semasa
 Akaun Semasa

Akaun Semasa memberikan fleksibiliti kepada anda untuk menguruskan akaun anda menerusi allianceonline dan membuat pembayaran menerusi cek pada bila-bila masa.

Butiran Manfaat

  • Kemudahan buku cek
  • Penyata bulanan
  • Perkhidmatan Cheque eXpress & Mesin Deposit Tunai untuk memudahkan deposit cek / tunai
  • Perkhidmatan perbankan sendiri allianceonline

Nota:
Layak untuk perlindungan PIDM

  • Individu berusia 18 tahun dan ke atas
  • Syarikat korporat, perkongsian, pemilik tunggal, persatuan, pertubuhan, kelab, badan kerajaan dan pemegang amanah
  • Jumlah pembukaan akaun minimum RM500

Perkara Caj Bank
1. Faedah diterima atas Akaun Semasa terlebih keluar Pada kadar semasa yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke masa
Minimum: RM10.00
2. Faedah yang diterima bagi pendahuluan (Overdraf) Faedah atas overdraf yang diatur
Minimum:  RM10.00
3. Caj perkhidmatan bagi Akaun Semasa dan Overdraf Pengguna dengan baki purata harian di bawah RM1,000.00. RM10.00 bagi separuh tahunan
Caj perkhidmatan bagi Akaun Semasa dan Overdraf Komersial (perniagaan) dengan baki purata tahunan di bawah RM1,000.00.
(caj dikenakan terhadap semua jenis Akaun Semasa Perniagaan, berkuat kuasa 1 April 2009)

(Caj perkhidmatan dikecualikan bagi akaun kerajaan)
RM20.00 bagi separuh tahunan
4. Caj menerusi kaunter bagi Akaun My eSaving Alliance RM5.00 setiap urus niaga
5. Caj perkhidmatan bagi Akaun AllianceSave RM15.00 separuh tahunan (tidak kira baki)
6. Caj perkhidmatan bagi Akaun Hybrid Alliance dengan Kemudahan Buku Cek RM15.00 separuh tahunan (tidak kira baki)
7. Caj pengendalian bagi penyampaian semula cek RM50.00 setiap cek
8. Caj bagi cek tendang kerana tidak cukup dana Caj denda RM100.00 akan dikenakan oleh Bank bagi setiap cek
9. Caj perkhidmatan bagi bayaran dihentikan RM15.00 setiap cek
RM100.00 jika cek yang dihentikan dipulangkan kerana dana yang tidak mencukupi
10. Pembatalan arahan menghentikan bayaran RM10.00 setiap cek
11. Caj perkhidmatan bagi cek yang dipulangkan atas sebab teknikal Caj perkhidmatan RM10.00 akan dikenakan ke atas penerima bagi setiap cek tarikh hadapan yang dipulangkan
(berkuat kuasa ke atas bank kutipan)
12. Caj perkhidmatan bagi penunaian cek tunai pihak ketiga RM2.00 setiap urus niaga
13. Buku cek tidak dikutip selepas dikeluarkan selama 30 hari RM10.00 setiap buku cek
14. Duti setem atas buku cek Duti setem RM0.15 bagi setiap helaian cek akan dikenakan ke atas akaun selepas buku cek dikeluarkan.
15. Permintaan caj perkhidmatan bagi Penyata, Dokumen Pendua dll, cek, bil jaminan luput dll. (i) Yuran pengeluaran semula RM5.00 serta RM1.00 setiap muka surat penyata jika dicetak daripada sistem (sehingga 3 bulan) atau salinan foto dokumen lain
(i) Yuran pengeluaran semula RM5.00 serta RM1.00 setiap muka surat penyata jika dicetak daripada sistem (sehingga 3 bulan) atau salinan foto dokumen lain
(ii) Yuran pengeluaran semula RM20.00 serta RM1.00 setiap muka surat penyata jika diambil daripada microfiche ditambah belanja rampaian (selama lebih daripada 3 bulan)
(iii) Yuran pengeluaran semula RM20.00 serta RM5.00 setiap dokumen jika diperolehi daripada cawangan
(iv) Yuran pengeluaran semula RM30.00 serta RM10.00 setiap dokumen jika diperolehi daripada gudang/lokasi jauh kami
16. Caj perkhidmatan atas pengesahan juruaudit
(i) RM25.00 untuk tahun kewangan semasa
(ii) RM100.00 untuk permintaan lain (tahun kewangan sebelumnya)
Caj perkhidmatan bagi membuka akaun
(caj berkuat kuasa ke atas semua jenis Akaun Semasa perniagaan, mulai 1 April 2009)
(i) RM30.00 – pengesahan audit atas akaun pada tarikh yang tidak lebih daripada tiga (3) bulan daripada tarikh permintaan.
(ii) RM50.00 – pengesahan audit atas akaun pada tarikh antara empat (4) hingga dua belas (12) bulan daripada tarikh permintaan.
(iii) RM100.00 – pengesahan audit atas akaun pada tarikh yang melebihi (12) bulan daripada tarikh permintaan.
17. Service charges on opening of account
(charges apply for all types of business Current Account, effective 1st April 2009)
RM20.00 setiap akaun
18. Caj perkhidmatan bagi penutupan Akaun Simpanan
(i) Ditutup dalam masa 3 bulan dari tarikh pembukaan akaun: RM20.00
(ii) Ditutup selepas 3 bulan dari tarikh pembukaan akaun: RM10.00
(iii) Ditutup selepas 3 bulan dari tarikh pembukaan akaun (Akaun Simpanan Asas Sahaja): Tiada Caj
(iv) Ditutup dalam masa 6 bulan dari tarikh pembukaan akaun (Akaun My eSaving Sahaja): RM20.00
(v) Ditutup selepas 6 bulan dari tarikh pembukaan akaun (Akaun My eSaving Alliance Sahaja): Tiada Caj
19. Caj perkhidmatan bagi penutupan Akaun Semasa/ODP
(i) Ditutup dalam masa 3 bulan dari tarikh pembukaan akaun: RM20.00
(ii) Ditutup selepas 3 bulan dari tarikh pembukaan akaun: RM10.00
Caj perkhidmatan bagi penutupan Akaun Semasa/ODP (perniagaan) komersial
(caj berkuat kuasa ke atas semua jenis Akaun Semasa perniagaan, mulai 1 April 2009)
(i) Ditutup dalam masa 3 bulan dari tarikh pembukaan akaun: RM30.00
(ii) Ditutup selepas 3 bulan dari tarikh pembukaan akaun: RM20.00
20. Caj perkhidmatan bagi pengeluaran salinan buku Akaun Simpanan yang lusuh atau rosak RM10.00
21. Kehilangan Sijil Deposit Tetap Duti setem RM10.00 untuk Surat Indemniti
RM5.00 service charge
22. Caj perkhidmatan untuk menukar syiling/wang kertas
(pertukaran pukal)

(caj berkuat kuasa ke atas semua jenis Akaun Semasa perniagaan)
Syiling
Sekurang-kurangnya: RM5.00 serta 0.5% atas jumlah setiap beg
(syiling sama atau beg piawai)

Untuk syiling berasingan
Kurang daripada RM100.00: Tiada caj
(i) RM100.00 hingga RM1,000.00: RM5.00
(ii) RM1,000.00: Tambahan RM5.00 bagi setiap RM1,000.00

Wang kertas
Nilai tunggal: Tiada caj
2 nilai & ke atas: RM5.00
23. Caj perkhidmatan atas deposit syiling
(caj berkuat kuasa ke atas semua Akaun Semasa perniagaan)
Kurang daripada RM100.00: Tiada caj
(i) RM100.00 hingga RM1,000.00: RM5.00
(ii) RM1,000.00: Tambahan RM5.00 untuk setiap RM1,000.00
Caj Perkhidmatan atas Deposit Tunai Pukal
(caj berkuat kuasa ke atas semua jenis Akaun Semasa perniagaan)
PERCUMA: Untuk 1,000 keping pertama, tidak kira nilai wang
RM5.00: Sebanyak 1,000 keping seterusnya atau sebahagian daripadanya, tidak kira nilai wang..
Max: RM5.00 untuk setiap 1,000 keping, tertakluk kepada maksimum RM500 setiap deposit.
24. Caj pos dan pengendalian bagi surat amaran (bagi cek dipulangkan, surat BMS, lebihan akaun semasa) Caj rata RM10.00
25. Caj pos bagi buku cek yang dihantar menerusi kurier
a. Untuk Buku Cek Peribadi
b. Untuk Buku Cek Syarikat
RM10.00 atau caj kurier sebenar, yang mana lebih tinggi
26. Pemilihan nombor akaun Caj perkhidmatan RM50.00 bagi memilih nombor akaun dikehendaki yang ada
27. Wang kertas rosak atau diconteng 1% daripada jumlah wang kertas dicajkan kepada pelanggan
Minimum: RM15.00
Maximum: RM500.00
28. Caj perkhidmatan bagi pengendorsan status akaun syarikat untuk dilampirkan bersama penghantaran tender RM20.00 setiap akaun
29. Caj perkhidmatan atas pengesahan penandatangan cek sah bagi pembaharuan lesen Pusat Khidmat Kontraktor RM20.00 setiap akaun

Contents Bank charges
1 Commission on Outstation Cheques Sent for Collection (Each Cheque) Flat rate of 0.03%

Minimum : RM0-50
Maximum : RM500-00

No commission is to be charged on Government cheques or cheques drawn on Government Statutory Body.
2 Collection of Outstation Cheques Re-presented Flat rate of 0.03 % per OC Re-presented

Minimum : RM0-50
Maximum : RM500-00
3 Commission on Inter-Branch Transactions (IBT)
> Performed at Branches located outside the clearing area/zone
Flat rate of 0.03

Minimum : RM0-50
Maximum : RM500-00

IBT Commission should be waived for the following transactions:
- IBT Loan repayment
- Non-staff depositing to a Staff A/C
4 Commission on Inter-Branch Transactions (IBT)
> Performed at Branches located in the same clearing area/zone
IBT commission is waived on all IBT transacted amongst ABMB branches located within the same clearing area/zone except for the IBT outstation cheque deposit
5 Service Charge on Closing of Savings Account Closing of account before 3 months: RM20-00

Closing of account after 3 months: No charges
6 Service Charge on Issuance of Duplicate Savings Account Passbook Reported Lost/ Stolen/ Worn Out or Defaced RM10-00

The appropriate stamp duty on the letter of indemnity shall be borne by the customer
7 Service charge on inactive current and savings accounts with dormant status Yearly service charge of RM10
8 Replacement Of ATM Card RM12-00 per card replacement
9 MEPS Charges RM1-00 per transaction
10 Cirrus Enquiry RM1-00 per transaction
11 Cirrus Monetary Transaction RM8-00 per transaction
12 Bills payment payment to (Credit Card, HL) to other BIs RM1-00 per transaction
13 Charges for GIRO transactions RM2-00 per transaction
(1st two GIRO transaction, charge at RM0-50 per transaction)
14 Presently, the a/c number is autogenerated by the system. If customer wants to choose his desired available account number, a service charge will be levied. Service charge of RM50-00 for choosing desired available a/c number
15 Charges on transaction above minimum thresholds Currently not available, until further notice

Diguna pakai bagi Akaun Semasa / Akaun AllianceSave / Akaun Hybrid Alliance/ Akaun Simpanan Asas / Akaun Simpanan / Akaun My eSaving Alliance / Akaun Manjaku AllianceSave / Akaun Pendidikan AllianceSave / Akaun Senior Savers Alliance / Akaun Dposit Tetap /Akaun FDGold Aliance

UNDANG-UNDANG YANG DIGUNA PAKAI

Semua akaun semasa dan simpanan ditadbir di bawah undang-undang yang diguna pakai di Malaysia, di bawah Syarat dan Peraturan Alliance Bank Malaysia Berhad (the Bank) dan amalan perbankan yang berkuat kuasa pada tarikh pembukaan akaun, atau yang dipinda, digubal atau diterima pakai selepas itu. Sebarang perubahan tersebut akan berkuat kuasa selepas pemberitahuan kepada pendeposit menerusi iklan atau dengan memaparkan notis di Lobi Bank atau menerusi cara lain yang dianggap wajar oleh Bank. Ini adalah sebagai tambahan kepada, dan hendaklah dibaca bersama Peraturan Persatuan Bank-Bank Malaysia.

PEMBUKAAN AKAUN

Akaun Semasa
Akaun semasa disediakan untuk syarikat korporat, perkongsian, pemilik tunggal, persatuan, kelab dan pertubuhan. Individu yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya 18 tahun dan mempunyai minda yang waras layak membuka akaun atas nama peribadi mereka.

Untuk membuka akaun semasa, anda perlu diperkenalkan dengan sewajarnya oleh orang atau firma yang sudah dikenali oleh bank dan dengan deposit awal tidak kurang daripada RM500 atau jumlah yang dimaklumkan oleh Bank dari masa ke masa.

Jika nama anda muncul dalam senarai hitam Sistem Maklumat Cek Tendang (DCHEQS), Bank berhak menutup akaun anda.



Akaun AllianceSave
Untuk membuka akaun AllianceSave, anda perlu mendeposit jumlah minimum RM1,000.00 atau satu jumlah yang akan dimaklumkan dari masa ke masa oleh Bank.

Individu yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya 18 tahun dan mempunyai minda yang waras layak untuk membuka sama ada akaun AllianceSave peribadi atau bersama.Syarikat, perkongsian, persatuan dan kelab tidak dibenarkan untuk membuka akaun AllianceSave.

Orang yang memperkenalkan diperlukan apabila membuka akaun AllianceSave. Akaun Semasa dan/atau Simpanan baru dan tambahan boleh dibuka dan disenggarakan selanjutnya bersama akaun AllianceSave.

Jika nama anda muncul dalam senarai hitam Sistem Maklumat Cek Tendang (DCHEQS), Bank berhak menutup akaun anda.


Akaun Hybrid Alliance
Untuk membuka akaun Hybrid Alliance, anda perlu mendepositkan jumlah sekurang-kurangnya RM250.00 untuk Akaun Hybrid Alliance tanpa kemudahan buku cek atau RM1,000.00 untuk Akaun Hybrid Alliance dengan kemudahan buku cek atau jumlah yang dimaklumkan oleh Bank dari masa ke masa.

Hanya individu yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya 18 tahun dan mempunyai minda yang waras layak untuk membuka Akaun Hybrid Alliance peribadi atau bersama. Syarikat, perkongsian, persatuan dan kelab tidak dibenarkan untuk membuka Akaun Hybrid Alliance.

Untuk membuka Akaun Hybrid Alliance, orang yang memperkenalkan tidak diperlukan. Akaun Semasa dan/atau Simpanan sedia ada dan tambahan boleh dibuka dan disenggarakan bersama Akaun Hybrid Alliance.

Untuk Akaun Hybrid Alliance dengan kemudahan buku cek, jika nama anda muncul dalam senarai hitam Sistem Maklumat Cek Tendang (DCHEQS), Bank berhak menutup akaun anda.


Akaun Simpanan Asas
Akaun simpanan disediakan untuk individu SAHAJA. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun mesti diiringi oleh ibu bapa atau penjaga untuk membuka Akaun Penjaga. Anda boleh membuka Akaun Simpanan dengan deposit awal tidak kurang daripada RM20.00 atau jumlah yang dimaklumkan dari masa ke masa oleh Bank. Jumlah minimum RM20.00 atau jumlah lain yang mungkin ditetapkan oleh Bank mesti dikekalkan dalam akaun.

Akaun Simpanan
Akaun Simpanan disediakan untuk individu, persatuan, kelab dan pertubuhan. Individu yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya 12 tahun layak untuk membuka Akaun Simpanan atas nama peribadi mereka. Anda boleh membuka akaun Simpanan dengan deposit awal tidak kurang daripada RM250.00 atau jumlah yang dimaklumkan oleh Bank dari masa ke masa. Jumlah minimum RM20.00 atau jumlah lain yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke masa mesti dikekalkan dalam akaun.

Semua persatuan, pertubuhan dan kelab yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan boleh membuka akaun tetapi arahan jelas tentang pengendalian akaun mesti dicatatkan.

Penerimaan dan pengendalian berterusan Akaun Simpanan ini adalah semata-mata atas budi-bicara Bank.


Akaun My eSaving Alliance
Akaun My eSaving Alliance disediakan untuk individu SAHAJA. Individu yang mencapai usia 18 tahun layak untuk membuka Akaun My eSaving Alliance atas nama peribadi. Anda boleh membuka akaun My eSaving Allliance dengan deposit awal tidak kurang daripada RM250.00 atau jumlah yang dimaklumkan oleh Bank dari masa ke masa. Jumlah minimum RM20.00 atau jumlah lain yang ditetapkan oleh Bank mesti dikekalkan dalam akaun.

Penerimaan dan pengendalian berterusan Akaun My eSaving Alliance ini adalah semata-mata atas budi-bicara Bank.


Akaun Manjaku AllianceSave
Akaun Manjaku AllianceSave ialah akaun yang disediakan kepada ibu bapa atau penjaga dengan anak yang berusia di bawah 18 tahun SAHAJA. Akaun yang dibuka oleh ibu bapa atau penjaga untuk anak akan dinamakan Akaun Penjaga. Anda boleh membuka Akaun Manjaku AllianceSave dengan deposit awal tidak kurang daripada RM50.00 atau jumlah yang dimaklumkan oleh Bank dari masa ke masa. Jumlah sekurang-kurangnya RM1.00 atau jumlah lain yang ditetapkan oleh Bank mesti dikekalkan di dalam akaun.

Penerimaan dan pengendalian berterusan Akaun Manjaku AllianceSave ini adalah semata-mata atas budi-bicara Bank.

Pembukaan Akaun Bersama tidak dibenarkan.


Akaun Pendidikan AllianceSave
Akaun Pendidikan AllianceSave hanya disediakan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahun. Apabila kanak-kanak mencapai usia 18 tahun, beliau boleh menutup akaun, atau jika Akaun Pendidikan AllianceSave tidak ditutup, akaun yang sama akan ditukar secara automatik kepada akaun Simpanan biasa. Anda boleh membuka Akaun Pendidikan AllianceSave dengan deposit awal tidak kurang daripada RM1.00 atau jumlah yang akan dimaklumkan dari masa ke masa oleh Bank. Jumlah minimum RM1.00 atau jumlah lain yang mungkin ditentukan oleh Bank mesti disenggarakan dalam akaun.

Penerimaan dan pengendalian berterusan Akaun Pendidikan AllianceSave ini adalah semata-mata atas budi-bicara Bank.

Pembukaan Akaun Bersama tidak dibenarkan.

Akaun Senior Savers Alliance
Akaun Senior Savers Alliance hanya disediakan kepada individu berusia 48 tahun dan ke atas. Anda boleh membuka Akaun Alliance Senior Savers dengan deposit awal tidak kurang daripada RM1,000.00 atau sebarang jumlah yang dimaklumkan oleh Bank dari masa ke masa. Jumlah minimum RM50.00 atau jumlah lain yang mungkin ditetapkan oleh Bank mesti dikekalkan dalam akaun.

Penerimaan dan pengendalian berterusan Akaun Senior Savers Alliance ini adalah semata-mata atas budi-bicara Bank.

Akaun Deposit Tetap
Akaun deposit tetap disediakan untuk syarikat korporat, perkongsian, pemegang amanah, badan kerajaan, pemilik tunggal, persatuan kelab, persatuan dan individu.

Individu yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya 18 tahun layak untuk membuka Akaun Deposit Tetap peribadi atau bersama. Kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun mesti diiringi oleh ibu bapa atau penjaga. Penerimaan dan pengendalian berterusan Akaun Deposit Tetap ini adalah semata-mata atas budi-bicara Bank.

Tempoh/Deposit Minimum
Tempoh bagi simpanan dalam Deposit Tetap ialah antara 1 bulan hingga 60 bulan. Jumlah minimum RM5,000 diperlukan untuk simpanan selama sebulan manakala bagi tempoh lain, iaitu 2 bulan dan ke atas, jumlah minimum ialah RM500.00.

 

Akaun FDGold Alliance
Individu berusia 40 tahun dan ke atas layak untuk membuka akaun Akaun FDGold Alliance peribadi atau bersama. Untuk akaun bersama, pemegang akaun bersama hendaklah berusia 40 tahun dan ke atas dan pemegang kedua mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Pelanggan korporat seperti syarikat, termasuk pemilik tunggal, kelab / persatuan / pertubuhan, pemegang amanah, badan kerajaan tidak dibenarkan membuka akaun ini. Penerimaan dan pengendalian berterusan Akaun FDGold Alliance ini adalah semata-mata atas budi-bicara Bank.

Tempoh/Deposit Minimum
Akaun FDGold Alliance mesti dibuka dengan tempoh simpanan minimum sama ada 12, 15, 18, 21, 24, 36, 48 atau 60 bulan tertakluk kepada simpanan minimum RM30,000.00.


Bagi Akaun Semasa / Akaun AllianceSave / Akaun Hybrid Alliance
Apabila membuka akaun di atas, Bank diberi kuasa untuk mematuhi dan menjelaskan semua cek, nota janji dan arahan lain yang dikeluarkan dan semua bil yang diterima bagi pihak pemegang akaun, untuk mematuhi semua arahan yang diberikan berkenaan dan berhubung dengan sebarang akaun bagi pihak pemegang akuan dan menerima dan bertindak terhadap semua penerimaan wang yang didepositkan dengan Bank dalam mana-mana akaun atas nama pemegang akaun dengan syarat cek, nota janji, arahan, bil, arahan atau resit sedemikian ditandatangani oleh pemegang akaun, rakan kongsi, pengarah atau oleh penandatangan sah sama ada akaun tersebut berada dalam keadaan kredit atau debit.

AKAUN BERSAMA
Anda memberi kuasa kepada Bank untuk menyimpan wang yang diterima oleh Bank atas nama salah satu daripada anda dan mengkreditkan akaun bersama sedemikian dan menghantar sebarang dokumen dan sekuriti yang dipegang oleh Bank atas nama bersama kepada salah seorang daripada anda.

Untuk Akaun Bersama, syarat pengendalian akaun hendaklah diguna pakai bagi penutupannya juga.


Bagi Akaun Hybrid Alliance / Akaun My eSaving Alliance
Hanya satu (1) Alliance Debit MasterCard daripada kategori dan jenisnya yang ditentukan oleh Bank atas budi bicara mutlaknya akan dikeluarkan bagi setiap akaun. Dalam kes akaun bersama, hanya orang yang dikenal pasti sebagai pemegang akaun utama akan diberikan Alliance Debit MasterCard, yang tertakluk kepada Perjanjian Alliance Debit MasterCard.

Anda akan menanggung kerugian Bank terhadap semua tindakan, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman atas dasar peguam-pelanggan) yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Bank yang timbul daripada atau berhubung dengan penggunaan Alliance Debit MasterCard oleh pemegang akaun utama.


AKAUN LUARAN
Akaun luaran dibenarkan dibuka bagi pelanggan menurut Peraturan ECM yang berkuat kuasa pada waktu yang berkenaan.

Kredit RM200,001.00 dan ke atas (tertakluk kepada Peraturan ECM yang berkuat kuasa pada waktu yang berkenaan) yang diterima daripada pemastautin dalam bentuk cek atau tunai ke dalam akaun luaran hendaklah diiringi oleh Borang Kawalan Pertukaran yang lengkap diisi yang mana sebab bagi urus niaga tersebut hendaklah dinyatakan dengan jelas. Kredit bagi akaun anda yang diterima daripada pemegang akaun luaran lain tidak memerlukan pengisian Borang Kawalan Pertukaran.

Dalam keadaan di mana anda atau pihak ketiga membuat pengeluaran tunai RM200,001.00 dan ke atas daripada akaun, sebab pembayaran hendaklah dinyatakan dengan jelas pada bahagian belakang cek untuk membolehkan kami mengisi Borang Kawalan Pertukaran.


AKAUN PENJAGA

Bagi Akaun Simpanan Asas / Akaun Simpanan / Akaun My eSavings Alliance / Akaun Manjaku AllianceSave / Akaun Pendidikan AllianceSave
Akaun penjaga ialah akaun yang disenggarakan oleh penjaga untuk kanak-kanak, dalam kes ini kanak-kanak berusia 12 tahun dan/atau 18 tahun.

AKAUN WASI DAN PENTADBIR
Seorang wasi boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang telah dilantik oleh penulis wasiat (si mati) untuk tujuan mengendalikan harta pusaka si mati menurut arahan yang terkandung dalam wasiat terakhir si mati.

Seorang pentadbir dilantik oleh mahkamah apabila seseorang meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat atau jika wasi yang dinamakan telah meninggal dunia atau beliau menolak pelantikannya atau beliau tidak dapat bertindak.
Kad Debit Antarabangsa dan Alliance Debit MasterCard tidak dibenarkan bagi akaun jenis ini.

DEPOSIT
Semua cek dll yang dihantar kepada Bank menerusi pos untuk dikreditkan ke dalam akaun anda mesti “dipalang” dengan dua garis selari merentasi muka cek dan diiringi oleh surat atau slip deposit lengkap supaya tiada keraguan tentang bagaimana cek perlu dimasukkan.

Deposit tunai/cek dan instrumen lain hendaklah dibuat dengan mengisi slip deposit kami yang telah ditetapkan, yang boleh didapati di Bank. Apabila anda membuat deposit ke dalam akaun, anda akan menerima satu salinan, yang mesti diparap oleh Pegawai Sah Bank, atau disahkan oleh mesin teler. Cek diterima untuk kutipan sahaja dan resit sementara tersebut tidak harus dianggap sebagai bermakna cek yang didepositkan ke dalam akaun anda telah dijelaskan. Anda hanya boleh mengeluarkan wang selepas memberi masa secukupnya bagi item yang ditolak untuk dipulangkan.

Walaupun segala langkah telah diambil untuk memproses semua slip deposit pada hari penerimaan, cek, draf kiriman wang dll, yang dihantar pada waktu petang mungkin tidak memberikan cukup masa untuk penjelasan ke Bank lain pada hari yang sama dan akan dihantar untuk penjelasan pada hari berikutnya. Waktu yang berkenaan bagi setiap pejabat berbeza dan kami gembira untuk memberikan anda maklumat tambahan sekiranya diminta. Notis cek tendang akan diberikan sejurus selepas diterima oleh Bank.

Cek dan instrumen lain yang didepositkan dan yang telah seterusnya ditolak akan dipulangkan ke alamat terakhir anda yang diketahui menerusi pos prabayar biasa atas risiko dan perbelanjaan anda sendiri.

  1. Bagi Akaun Simpanan Asas/Akaun Simpanan
    Jumlah minimum yang boleh didepositkan pada bila-bila masa ialah RM1.00. Deposit boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank di Malaysia. Jumlah minimum RM20.00 atau sebarang jumlah lain yang ditetapkan oleh Bank mesti dikekalkan dalam akaun.
     
  2. Bagi Akaun Senior Savers Alliance
    Jumlah minimum yang boleh didepositkan pada mana-mana satu masa ialah RM1.00. Deposit boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank di Malaysia. Jumlah minimum RM50.00 atau jumlah lain yang ditetapkan oleh Bank mesti dikekalkan dalam akaun.
     
  3. Bagi Akaun Manjaku AllianceSave / Akaun Pendidikan AllianceSave
    Jumlah minimum yang boleh didepositkan pada mana-mana satu masa ialah RM1.00. Deposit boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank di Malaysia. Jumlah minimum RM1.00 atau jumlah lain yang ditetapkan oleh Bank boleh disimpan di dalam akaun.
     

PENGELUARAN

Bagi Akaun Semasa / Akaun AllianceSave / Akaun Hybrid Allliance dengan kemudahan buku cek
Pengeluaran boleh dibuat menerusi (i) penunaian cek tunai dan (ii) Kad Debit Antarabangsa Alliance Bank.

Bagi Akaun Simpanan Asas / Akaun Simpanan / Akaun Hybrid Alliance tanpa kemudahan buku cek / Akaun Manjaku AllianceSave / Akaun Pendidikan AllianceSave / Akaun Senior Savers Alliance

Pengeluaran tunai boleh dibuat (i) secara peribadi di cawangan di mana akaun disimpan atau (ii) secara peribadi di mana-mana cawangan, atau (iii) menerusi mana-mana ATM Bank atau mana-mana rangkaian ATM di mana Bank menjadi ahli (tidak berkenaan bagi Akaun Manjaku AllianceSave / Akaun Pendidikan AllianceSave). Borang pengeluaran mesti diisi dan ditandatangani apabila membuat pengeluaran.

Bank berhak untuk meminta anda menunjukkan dokumen pengenalan sebelum membuat pembayaran.

Pengeluaran tidak boleh dibuat menerusi allianceonline. (Bagi Akaun Manjaku AllianceSave / Akaun Pendidikan AllianceSave / Akaun Senior Savers Alliance).


Bagi Akaun My eSaving Alliance
Pengeluaran boleh dibuat secara (i) peribadi di mana-mana ATM Bank atau rangkaian ATM di mana Bank merupakan ahli, (ii) secara peribadi di mana-mana cawangan Bank di Malaysia dengan caj menerusi kaunter RM5.00 bagi setiap urus niaga dan (iii) menerusi allianceonline untuk memindahkan dana.

Bank berhak untuk meminta anda menunjukkan dokumen pengenalan sebelum membuat pembayaran.

SIMPANAN DEPOSIT

Akaun Deposit Tetap / Akaun FDGold Alliance
Akaun deposit tetap / akaun FD Gold Alliance mula berkuat kuasa menerusi simpanan tunai, pemindahan akaun atau cek tempatan / luar negeri. Cek tempatan / luar negeri yang diterima adalah tertakluk kepada penjelasan cek tersebut.

Anda hendaklah memaklumkan Bank pada masa simpanan tentang cara mengendalikan deposit pada tarikh matang. Tanpa sebarang arahan daripada anda, Bank boleh memperbaharui deposit tersebut dengan syarat yang sama pada kadar yang sedia ada.

FAEDAH

Bagi Akaun Semasa
Tiada faedah dibayar bagi Akaun Semasa. Sekiranya baki bulanan purata anda jatuh di bawah angka RM1,000.00, yuran separa tahunan RM10.00 atau jumlah yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke masa akan dikenakan.

Bagi Akaun AllianceSave
Sebarang baki kredit melebihi RM2,000.00 dalam Akaun AllianceSave akan menerima faedah pada kadar faedah berbilang peringkat Bank. Faedah akan dikira secara harian dan faedah tersebut akan dikreditkan secara bulanan. Tidak kira berapa bakinya, yuran separa tahunan RM15.00 atau jumlah yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke masa akan dikenakan.

 

Bagi Akaun My eSaving Allilance
Akaun My eSaving Allliance akan menerima faedah pada kadar faedah berbilang peringkat sedia ada Bank. Faedah akan dikira atas dasar harian dan faedah tersebut akan dikreditkan setiap bulan.

Bagi Akaun Hybrid Alliance dengan kemudahan buku cek
Sebarang baki kredit dalam Akaun Hybrid Alliance akan meraih faedah pada kadar faedah berbilang peringkat sedia ada Bank. Faedah akan dikira atas dasar harian dan faedah tersebut akan dikreditkan setiap bulan. Tidak kira berapa bakinya, yuran separa tahunan RM15.00 atau jumlah yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke masa akan dikenakan.

Bagi Akaun Hybrid Alliance tanpa kemudahan buku cek
Sebarang baki kredit dalam akaun Hybrid Alliance akan menerima faedah pada kadar faedah berbilang peringkat Bank. Faedah akan dikira secara harian dan faedah tersebut akan dikreditkan setiap bulan.

Bagi Akaun Senior Savers Alliance
Bank akan menggunakan struktur kadar faedah berbilang peringkat pada kadar yang akan ditentukan oleh Bank dari masa ke masa untuk mengira faedah yang diperolehi untuk sesuatu bulan. Faedah tersebut, jika ada, akan dikira berasaskan baki harian atau atas sebarang dasar lain yang akan ditentukan oleh Bank atas budi bicara mutlaknya. Anda hendaklah menyerahkan buku simpanan selepas setiap akhir bulan untuk mencatatkan faedah, jika ada, yang perlu dibayar kepada Akaun Senior Savers Alliance.

 

Bagi Akaun Simpanan
Faedah, jika ada, pada kadar yang ditentukan oleh Bank dari masa ke masa, akan dikreditkan secara tertunggak setiap separuh tahunan atau pada selang masa lain yang ditetapkan oleh Bank. Faedah, jika ada, akan dikira berasaskan baki harian atau atas sebarang dasar lain yang ditetapkan oleh Bank atas budi bicaranya. Anda hendaklah menyerahkan buku simpanan untuk mencatatkan faedah, jika ada, yang diterima dalam akaun simpanan anda.

Bagi Akaun Manjaku AllianceSave / Pendidikan AllianceSave
Faedah, jika ada, akan diberikan pada kadar yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke masa untuk mengira faedah untuk sesuatu bulan. Faedah, jika ada, akan dikira berasaskan baki harian atau atas sebarang dasar lain yang ditetapkan atas budi bicara mutlak Bank. Anda hendaklah menyerahkan buku simpanan anda setiap akhir bulan untuk mencatatkan faedah yang diterima dalam akaun anda.

 

Bagi Akaun Deposit Tetap
Akaun Deposit Tetap akan menerima faedah pada kadar kontrak dan faedah akan dikira setiap hari pada kadar yang sama. Faedah dikreditkan ke dalam akaun dengan Bank. Bagaimanapun, anda dibenarkan menerima faedah dalam bentuk tunai atau cek. Faedah dibayar semasa matang bagi tempoh antara 1 hingga 12 bulan dan setiap 6 bulan bagi tempoh melebihi 12 bulan.

Bagi Akaun FDGold Alliance
Akaun FDGold Alliance akan menerima faedah pada kadar kontrak dan faedah akan dikira setiap hari pada kadar yang sama. Faedah dibayar setiap bulan. Faedah dikreditkan ke dalam akaun dengan Bank. Bagaimanapun anda dibenarkan menerima faedah dalam bentuk tunai atau cek. 

FAEDAH BONUS/GANJARAN

Bagi Akaun Manjaku AllianceSave
Faedah bonus, jika ada, pada kadar yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke masa, akan dikira dan terakru pada bulan seterusnya selepas pembukaan akaun Manjaku AllianceSave. Faedah bonus akan dibayar berasaskan jumlah faedah yang diraih untuk tempoh 12 bulan lepas selagi dua syarat berikut dipenuhi: (1) Jumlah tidak kurang daripada RM50.00 didepositkan dalam bulan kalendar untuk tempoh dua belas (12) bulan. (2) Tidak lebih daripada satu pengeluaran sebulan dibuat.

 

Anda TIDAK akan dikecualikan daripada faedah bonus jika anda membuat SATU pengeluaran setiap bulan. Bagaimanapun, jika terdapat pengeluaran selanjutnya pada bulan yang sama, anda tidak layak menerima faedah bonus dan akan memulakan kitaran baru pada bulan berikutnya (selagi anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan). Anda boleh membuat deposit bulanan pada bila-bila masa dalam bulan kalendar. Anda tidak akan dikecualikan, iaitu anda masih layak untuk menerima faedah bonus selagi anda boleh menyimpan jumlah sekurang-kurangnya RM50.00 dalam bulan kalendar, untuk tempoh 12 bulan berturut-turut.

Bagi Akaun Pendidikan AllianceSave

Anda akan diberikan faedah bonus bersamaan 10% daripada jumlah faedah yang diperolehi atas akaun jika tiada pengeluaran deposit dibuat untuk tempoh berterusan dua belas (12) bulan. Faedah bonus, jika ada, pada kadar yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke masa, akan dikira dan dikumpulkan daripada bulan seterusnya selepas pembukaan Akaun Pendidikan AllianceSave. Akaun Pendidikan AllianceSave akan terus meraih faedah bonus atas jumlah faedah yang diperolehi pada tempoh dua belas (12) bulan seterusnya, selagi syarat bagi faedah bonus dipenuhi.

ANUGERAH PENCAPAIAN SEMUA

Bagi Akaun Pendidikan AllianceSave sahaja
Sebagai mengiktiraf pencapaian kanak-kanak dalam peperiksaan awam, Bank akan membuat pembayaran tunai yang dikreditkan ke dalam Akaun Pendidikan AllianceSave. Pembahagian anugerah peperiksaan ialah RM100.00, RM200.00 dan RM300.00 bagi peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM masing-masing. Anugerah ini boleh dinilai semula oleh Bank dari masa ke masa. Anugerah akan diberikan berasaskan kriteria berikut: (1) Keputusan semua subjek yang diambil mestilah gred A tidak kira bilangan subjek yang diambil. Dalam kes peperiksaan SPM, gred 1P dan 2P dianggap sebagai gred A. (2) Baki RM300 mesti dikekalkan dalam akaun untuk tempoh enam (6) bulan berturut-turut sebelum pengumuman keputusan. (3) pemegang akaun mesti mengemukakan salinan sebenar disahkan slip keputusan peperiksaan 14 hari daripada tarikh pengumuman keputusan untuk menuntut anugerah tunai.


CEK

Bagi Akaun / Akaun AllianceSave / Akaun Hybrid Alliance dengan kemudahan buku cek
Anda hendaklah menggunakan cek yang dibekalkan oleh Bank sahaja pada setiap masa untuk mengeluarkan wang daripada akaun. Apabila anda menggunakan cek, sila pastikan bahawa jumlah, kedua-dua dalam perkataan dan angka, adalah ditulis dengan jelas dan dengan cara yang mencegah kemasukan sebarang perkataan atau angka. Satu garisan yang dilukis "____________" atau perkataan "only" atau "sahaja" hendaklah ditambah selepas jumlah yang dinyatakan dalam perkataan.

 

Bank mengehadkan deposit cek yang perlu dibayar kepada pemegang akaun sahaja.

Anda hendaklah memastikan bahawa dana mencukupi terdapat dalam akaun anda pada setiap masa untuk pembayaran cek yang dikeluarkan. Caj RM100.00 akan dikenakan untuk setiap cek yang dipulangkan disebabkan tidak cukup dana dalam akaun. Satu amaran akan dikeluarkan selepas cek pertama yang dikembalikan atas sebab dana tidak mencukupi. Bank berhak untuk melaporkan kepada Sistem Maklumat Cek Tendang (DCHEQS) dan menutup akaun jika tiga atau lebih cek yang dikeluarkan oleh pemegang akaun dipulangkan oleh Bank atas sebab dana tidak mencukupi, dalam tempoh dua belas bulan, dalam satu tahun kalendar.

Bank berhak untuk menolak cek di mana tandatangan pemegang akaun berbeza daripada tandatangan spesimen yang diberikan kepada Bank. Tiada sebarang bentuk perubahan boleh dibuat atas cek. Bank berhak untuk menolak dan memulangkan cek yang pada pendapat mutlak Bank, mempunyai sebarang perubahan (sama ada ditandatangani di tempatnya oleh anda atau sebaliknya).

Jika anda ingin menghentikan pembayaran cek, anda mesti memberikan kami butiran penuh cek untuk dihentikan secara bertulis dan menandatangani surat dengan cara yang sama seperti cek yang dikeluarkan atas nama anda. Arahan untuk menghentikan pembayaran boleh dibuat menerusi allianceonline. Memandangkan terdapat risiko bahawa cek hilang sebelum ia diisi, sila pastikan anda menyimpan buku cek anda dengan selamat.

Bank berhak untuk mengenakan caj perkhidmatan RM15 atau jumlah lain yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke masa bagi melaksanakan setiap satu arahan Hentikan Pembayaran. Bagi cek tarikh hadapan yang dipulangkan, yuran RM10 setiap cek akan dikutip daripada penerima cek.

Permohonan bagi buku cek baru hendaklah dibuat pada borang permohonan bercetak Bank, menerusi Kad Debit Antarabangsa atau Alliance Debit MasterCard Alliance Bank atau menggunakan kemudahan allianceonline Bank. Anda perlu memastikan bahawa semua cek terdapat dalam buku cek baru apabila anda menerimanya daripada kami dan wakil yang boleh dipercayai dihantar untuk mengutip buku cek jika anda tidak dapat datang mengambilnya secara peribadi. Jangan berikan cek daripada buku cek kepada orang lain atau meminjam cek daripada orang lain, kerana ia mungkin dikenakan kepada akaun yang salah.

Apabila Bank menerima atau menanggung liabiliti untuk atau atas permintaan anda, sebarang dana atau cagaran dan barangan berharga lain yang menjadi milik anda yang didepositkan dengan Bank hendaklah secara automatik menjadi cagaran kepada bank dan Bank hendaklah berhak untuk mengekalkan dana tersebut atau mana-mana bahagiannya atau menolak cek anda sehingga liabiliti telah dijelaskan.

Anda akan menanggung kerugian Bank, sebagai Bank pengutip, bagi sebarang kerugian yang mungkin ditanggung oleh Bank kerana menjamin sebarang pengendorsan, pelepasan, atas sebarang cek yang disampaikan atas permintaan khusus anda dalam setiap keadaan.

BUKU SIMPANAN

Bagi Akaun Simpanan Asas / Akaun Simpanan / Akaun Manjaku AllianceSave / Akaun Pendidikan AllianceSave / Akaun Senior Savers Alliance Save
Anda akan diberikan buku simpanan. Buku simpanan ini, yang tidak boleh dipindah milik atau diserah hak, mesti diserahkan di kaunter untuk setiap urus niaga. Jumlah setiap deposit dan pengeluaran akan dimasukkan dalam buku simpanan. Sebarang pembayaran yang dibuat oleh Bank selepas menunjukkan buku simpanan hendaklah mempunyai kesan yang sama sekiranya pembayaran telah dibuat kepada anda secara peribadi dan Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh anda dan mana-mana pihak lain. Buku simpanan hendaklah tidak digodam atau dipinda berkenaan perkara yang berkaitan urus niaga sama ada oleh anda atau mana-mana pihak lain. Anda hendaklah menyemak buku simpanan anda dan berpuas hati bahawa catatan adalah betul sebelum meninggalkan Bank. Buku simpanan hendaklah diserahkan kepada bank apabila dan jika diperlukan oleh bank untuk memasukkan sebarang faedah/dividen atau perkara yang belum dicatatkan. Buku simpanan adalah untuk rujukan anda dan tidak semestinya menunjukkan baki sebenar akaun kerana deposit mungkin dibuat atau item dicajkan sebelum catatan dibuat ke dalam buku simpanan. Catatan dalam buku simpanan adalah tidak sah melainkan dimasukkan menerusi cetakan mesin atau mempunyai tandatangan pegawai sah Bank.

 

KEUPAYAAN PENDEPOSIT MELAKSANAKAN KONTRAK

Bagi Akaun Simpanan Asas / Akaun Simpanan / Akaun My eSaving Alliance
Anda mesti berupaya melaksanakan kontrak. Di bawah polisi Bank, seorang individu yang telah mencapai usia 18 tahun boleh membuka akaun di bawah namanya sendiri. Seorang kanak-kanak juga boleh membuka akaun tetapi akaun tersebut hendaklah dibuka secara bersama dan dikendalikan bersama ibu/bapa penjaga.

 

Akaun Simpanan Asas / Akaun Simpanan / Akaun My eSaving Alliance boleh ditutup atas permintaan pelanggan, menerusi tindakan undang-undang atau atas budi bicara Bank.

Sebuah akaun boleh dihentikan sekiranya berlaku kematian, kemuflisan atau ketidaksiuman pemegang akaun.

TANGGUNGJAWAB PENDEPOSIT

  1. Bagi Akaun Semasa / Akaun AllianceSave / Akaun Hybrid Alliance dengan kemudahan buku cek
    Buku cek hendaklah disimpan dengan selamat di bawah pegangan anda sendiri dan Bank adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku kepada anda atas kecuaian anda sendiri, yang menyebabkan orang lain menerima pembayaran bagi sebarang jumlah yang dimiliki oleh anda.

  2. Untuk Akaun Simpanan Asas / Akaun Simpanan / Akaun Manjaku Alliance Save / Akaun Pendidikan Allliance Save / Akaun Senior Savers Alliance
    Buku simpanan hendaklah disimpan selamat di bawah pegangan anda sendiri dan Bank tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh anda disebabkan kecuaian anda sendiri, yang menyebabkan orang lain menerima bayaran bagi jumlah wang yang dimiliki oleh anda.

  3. Bagi Akaun Deposit Tetap / Alliance FDGold
    Sijil Deposit Tetap / Alliance FD Gold hendaklah disimpan dengan selamat dalam pegangan anda sendiri dan Bank tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku kepada anda disebabkan kecuaian anda sendiri, jika mana-mana orang lain mendapatkan sijil Deposit Tetap / FDGold Alliance dan menerima pembayaran yang menjadi milik anda menerusi penipuan.

PENGGANTIAN BUKU SIMPANAN

Bagi Akaun Simpanan Asas / Akaun Simpanan / Akaun Manjaku AllianceSave / Akaun Pendidikan AllianceSave / Akaun Senior Savers Alliance
Jika buku simpanan lusuh atau rosak, Bank boleh, dengan menyerahkan buku simpanan dan membayar jumlah yang ditetapkan oleh Bank, menggantikan buku simpanan yang rosak dan mengeluarkan buku simpanan baru kepada anda.

 

KEHILANGAN SIJIL

Bagi Akaun Deposit Tetap / FDGold Alliance
Anda hendaklah memaklumkan Bank dengan serta-merta tentang kehilangan sijil Deposit Tetap / Alliance FDGold. Selepas pengesahan, Bank akan mengeluarkan resit kepada anda.

 

PEMBAHARUAN DAN PENGELUARAN

Bagi Deposit Tetap / FDGold Alliance

Anda perlu menunjukkan resit atau sijil Deposit Tetap / FDGold Alliance yang diendors dengan sewajarnya untuk pembaharuan atau pengeluaran resit / sijil Deposit Tetap / Alliance FDGold.

Arahan atau pengeluaran resit atau sijil Deposit Tetap / FDGold boleh dilakukan menerusi allianceonline. Dalam keadaan tersebut, resit atau sijil Deposit Tetap / FD Gold Alliance untuk tempoh yang baru luput dianggap dibatalkan tidak kira sama ada resit atau sijil Deposit Tetap / FDGold Alliance asal dikembalikan kepada Bank.

Bagi Akaun Deposit Tetap
Pengeluaran sebahagian deposit tidak dibenarkan sepanjang tempoh Deposit Tetap.

Bagi Akaun FDGold Alliance
Pengeluaran sebahagian dalam gandaan RM1,000.00 dibenarkan dalam tempoh deposit tetap. Bagaimanapun anda perlu mengekalkan baki minimum RM30,000.00.

Jika deposit dikeluarkan sebelum tarikh matang, maka faedah / untung yang perlu dibayar, jika ada, adalah mengikut peraturan Persatuan Bank-Bank Malaysia / Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia yang berkuat kuasa pada waktu yang berkenaan. Sebarang pengeluaran awal akan menyebabkan penarikan balik faedah yang dibayar untuk mengambil kira kadar denda (jika ada), kerana faedah dibayar pada kadar kontrak setiap bulan.

OVERDRAF

Bagi Akaun Semasa / Akaun AllianceSave
Sila pastikan bahawa akaun anda tidak terlebih keluar, walaupun buat sementara waktu, melainkan anda telah membuat perjanjian khas terlebih dahulu dengan Bank. Caj minimum RM100.00 atau jumlah yang diumumkan oleh Bank dari masa ke masa akan dikenakan bagi setiap cek yang ditendang kerana tidak cukup dana.

Pemegang akaun AllianceSave yang layak atau berhak akan ditawarkan kemudahan Overdraf (atas budi bicara Bank), iaitu sama ada OD bersih atau kemudahan OD yang dicagarkan kepada sijil deposit tetap atas dasar atau nisbah 1:1 yang akan ditentukan oleh Bank.

PENYATA AKAUN

Bagi Akaun Semasa / Akaun AllianceSave / Akaun Hybrid Alliance
Satu penyata akaun yang mencatatkan semua urus niaga dalam akaun akan dihantar kepada anda setiap bulan. Anda hendaklah menyemak catatan dan penyata akaun dan melaporkan serta-merta kepada Bank secara bertulis jika sebarang kesilapan ditemui di dalamnya. Sekiranya tiada bantahan dalam masa 14 hari daripada tarikh penyata akaun, semua catatan di dalamnya akan dianggap sebagai betul. Bank berhak untuk membuat pembetulan bila dan sekiranya diperlukan jika kesilapan ditemui oleh Bank.

Bagi Akaun Alliance My eSaving 
Satu penyata yang menetapkan semua urus niaga dalam akaun boleh dilihat menerusi allianceonline. Penyata boleh didapati untuk tempoh 6 bulan sahaja.

 

CUKAI PEGANGAN
Cukai pegangan atau sebarang bentuk caj atau yuran cukai, yang mungkin dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dari masa ke masa, akan dipotong pada masa pembayaran faedah.

PENUTUPAN AKAUN

Bagi Akaun Semasa / Akaun AllianceSave / Akaun Hybrid Alliance 
Bank berhak untuk menutup akaun anda dengan memberikan notis menerusi pos berdaftar yang dialamatkan kepada alamat biasa atau alamat terakhir anda yang diketahui dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Bank dan Bank tidak terikat untuk mendedahkan sebarang sebab untuknya.

 

Penghantaran hendaklah dianggap telah dibuat pada masa surat tersebut sepatutnya dihantar menerusi pos biasa atau komunikasi tersebut lazimnya disampaikan.

Selepas penutupan akaun anda oleh diri sendiri atau Bank, semua cek yang tidak digunakan menjadi hak milik Bank dan hendaklah dipulangkan kepada Bank.

Bagi Akaun My eSaving Alliance 
Apabila anda menutup akaun anda dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh akaun dibuka, yuran RM20 akan dikenakan.

 

PENUTUPAN AKAUN AUTOMATIK

Bagi Akaun Simpanan Asas / Akaun Simpanan / Akaun Senior Savers Alliance / Akaun Manjaku AllianceSave / Akaun Pendidikan AllianceSave 
Apabila anda mengeluarkan seluruh baki akaun, atau jika pada bila-bila masa baki dalam akaun anda ialah RM50.00 atau kurang dan akaun telah tidak aktif selama satu (1) tahun, maka selepas notis diberikan, akaun anda akan ditutup secara automatik. Jumlah yang tinggal akan dianggap sebagai caj atau dikendalikan dengan cara yang dianggap wajar oleh Bank.

Bagi Akaun My eSaving Alliance 
Apabila anda mengeluarkan seluruh baki akaun anda, atau jika pada bila-bila masa baki dalam akaun anda ialah RM0 dan akaun anda telah tidak aktif selama enam puluh (60) hari, maka selepas memberikan notis, akaun anda akan ditutup secara automatik. Baki yang tinggal akan dianggap sebagai caj perkhidmatan atau dikendalikan dengan cara yang dianggap wajar oleh Bank.

 

KUTIPAN INSTRUMEN BOLEH NIAGA

Bagi Akaun Simpanan Asas / Akaun Simpanan / Akaun Manjaku AllianceSave / Akaun Pendidikan AllianceSave / Akaun Senior Savers Alliance
Hasil kutipan semua bil, nota, cek dan instrumen lain yang dihantar kepada Bank untuk kutipan tidak boleh dikeluarkan dananya sehingga ia telah direalisasikan walaupun terdapat catatan dibuat dalam buku simpanan oleh Bank. Dalam kes apabila sebarang bahan kutipan tidak diterima atau sekiranya terdapat sebarang pertikaian dan tuntutan memudaratkan yang timbul daripada kutipan tersebut, anda bertanggungjawab secara peribadi bagi menjelaskannya. Apabila item kutipan dipulangkan kepada Bank tanpa sebarang bayaran, Bank berhak untuk mendebitkan item tersebut ke dalam akaun.

 

PEMBERITAHUAN PERUBAHAN ALAMAT DAN TANDATANGAN
Penyata dan surat-menyurat yang dihantar ke alamat terakhir anda yang diketahui yang didaftarkan dengan Bank hendaklah dianggap telah dihantar dengan sewajarnya. Sebarang perubahan kepada alamat anda mesti dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh anda menurut Tandatangan Spesimen yang diberikan kepada Bank. Perubahan juga boleh dibuat menerusi allianceonline.

Sila gunakan tanda tangan yang sama atas semua cek, dokumen dan surat-menyurat dengan Bank, seperti Kad Tandatangan Spesimen yang diberikan kepada kami pada masa anda membuka akaun. Jika anda ingin menukar tanda tangan, sila hubungi Bank untuk mengatur untuk menandatangani satu lagi Kad Tandatangan.

AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965
Anda dinasihati untuk memastikan akaun anda aktif kerana adalah menjadi keperluan di bawah Akta Wang Tidak Dituntut 1965 bahawa sebarang wang yang dikreditkan dalam akaun yang tidak dikendalikan dalam tempoh tujuh (7) tahun mesti diwartakan sebagai “Wang Tidak Dituntut”, dan 12 bulan selepas itu ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Disatukan yang disenggarakan oleh Kerajaan.

CAJ PERBANKAN
Bank berhak untuk mengenakan yuran bagi mana-mana perkhidmatan yang diberikan kepada anda pada kadar yang dimaklumkan Bank sekurang-kurangnya 21 hari sebelum perubahan dibuat. Semua caj perbankan, apabila perlu dibayar, akan didebitkan kepada akaun anda.

HAK UNTUK MENGIMBANGI
Di samping sebarang lien umum atau sebarang hak lain di bawah undang-undang, Bank boleh pada bila-bila masa, tanpa memberikan notis terlebih dahulu, menggabungkan atau menyatukan mana-mana atau semua akaun Perbankan dengan liabiliti anda kepada Bank dan mengimbangi atau memindahkan sebarang jumlah kredit bagi mana-mana atau semua akaun Perbankan ke dalam atau untuk memenuhi mana-mana liabiliti anda kepada Bank, sama ada liabiliti kepada Bank tersebut adalah utama atau bercagar atau bersama dan berasingan.

SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN (PERUNTUKAN PEMEGANG AKAUN MASIH HIDUP)
Tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa ke atasbta, Bank boleh memegang, apabila berlaku kematian mana-mana pemegang akaun bersama, sebarang baki kredit atau baki yang ada sekarang atau pada masa depan dalam mana-mana akaun atas nama bersama anda atau sekuriti yang dipegang atas nama bersama anda kepada pemegang akaun yang masih hidup tanpa menjejaskan hak Bank untuk menyatukan atau mengimbangi yang terkandung di dalam ini atau hak Bank berkenaan dengan baki atau sekuriti tersebut yang timbul daripada sebarang lien, cagaran, sandaran, tuntutan balas dan selainnya atau mengambil sebarang langkah yang dianggap sesuai oleh Bank memandangkan tuntutan oleh mana-mana orang selain daripada pemegang akaun yang masih hidup.

LIABILITI KERUGIAN
Anda hendaklah tidak mempertanggungjawabkan Bank dalam apa jua cara bagi sebarang kerugian yang timbul menerusi pengendalian sebarang akaun yang dibuka oleh anda dengan Bank, melainkan kerugian tersebut disebabkan secara langsung oleh kecuaian sengaja oleh Bank.

PENGUBAHSUAIAN DAN PINDAAN SYARAT & PERATURAN
Bank berhak untuk meminda mana-mana keperluan dari segi nilai atau angka termasuk baki, caj, yuran, bilangan urus niaga dan sebarang nilai lain yang telah diambil kira seperti yang dinyatakan dalam fasal yang berkenaan dan keterangan dalam brosur dari masa ke masa.

Bank berhak untuk menambah, menukar atau mengubah atau meminda mana-mana Syarat dan Peraturan ini pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya; dan penambahan, pertukaran dan pindaan tersebut hendaklah dicatatkan dari masa ke masa dengan memberikan notis di Bank dan / atau diiklankan di akhbar atau laman web. Pendeposit dianggap telah menerima notis bagi sebarang penambahan, pindaan, pertukaran atau perubahan tersebut.

PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM)
Semua deposit biasa layak menerima perlindungan daripada PIDM tertakluk kepada terma dan syarat PIDM.

PENDEDAHAN MAKLUMAT
Bank diberi kuasa untuk mendedahkan, menggunakan atau mendapatkan sebarang maklumat berkaitan anda, akaun bank atau perkara berkaitan dengannya menurut sebarang undang-undang, syarat, peraturan, garis panduan atau arahan atau sekiranya dianggap wajar atau perlu atas budi bicara mutlak Bank dan Bank tidak menanggung sebarang liabiliti dalam apa jua bentuk sekalipun terhadap anda bagi pendedahan tersebut.
Jika anda ingin mendapatkan Akaun Hybrid, sila isi Borang Pertanyaan Produk di sini dan kami akan menghubungi anda.

 

 

Jika anda ingin mendapatkan Akaun Semasa, sila isi Borang Pertanyaan Produk di sini dan kami akan menghubungi anda.
Kembali kepada senarai akaun semasa Produk Seterusnya
   
Langkah Seterusnya

Atas Talian

Berikan kami maklumat hubungan asas anda dan kami akan menghubungi anda dengan segera..

Menerusi Telefon

Telefon kami di No. 03-5516 9988 dan kami sedia membantu anda.

Bersemuka

Kami sentiasa bersedia untuk berkhidmat untuk anda. Cari cawangan terdekat kami di sini.




Kembali ke atas