03 October 2022

Pembaharuan Kad Debit/-i

Announcement

Sila semak tarikh luput Kad Debit/-i anda. Kad Debit/-i baharu akan dihantar kepada anda tiga (3) bulan sebelum tarikh luput kad sedia ada anda.

Kad Debit/-i baharu akan dihantar ke alamat surat-menyurat akaun Semasa atau Simpanan (CASA/-i) terkini* anda yang telah dibuka dan dihubungkan dengan Kad Debit/-i anda seperti berikut:

  1. Kad akan dihantar melalui kurier ke alamat di Malaysia/Singapura.
  2. Jika alamat ialah alamat Peti Surat, kad baharu akan dihantar melalui mel biasa.
  3. Jika alamat surat-menyurat anda berada di luar negara, anda boleh menghubungi kami untuk mengatur agar kad dihantar ke alamat luar negara anda (caj kurier dikenakan). Sebagai alternatif, anda boleh mengemaskini alamat surat-menyurat ke alamat tempatan 3 bulan sebelum kami menghantar kad tersebut.

Anda akan dimaklumkan bahawa status penghantaran Kad Debit/-i baharu melalui SMS.
*Bagi pemegang akaun bersama atau kanak-kanak bawah umur, Kad Debit/-i yang diperbaharui akan dihantar ke alamat surat-menyurat pemegang akaun CASA/-i utama.

Untuk memastikan penghantaran kad anda lancar, sila kemaskini alamat surat-menyurat (sekiranya terdapat apa-apa perubahan) CASA/-i 3 bulan sebelum kad baharu dihantar kepada anda. Anda boleh mengemaskini alamat surat-menyurat akaun anda melalui pilihan-pilihan berikut:

  1. allianceonline di tab “My Profile”(Kemaskini alamat Peti Surat melalui allianceonline tidak dibenarkan) atau
  2. Hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di +603 5516 9988.

Untuk pertanyaan lain, sila rujuk FAQ

Nota penting semasa pengaktifan Kad Debit/-i:

Sila aktifkan Kad Debit/-i baharu anda selewat-lewatnya 1 bulan selepas tamat tempoh Kad Debit/-i sedia ada anda. Selepas itu, Kad Debit/-i baharu tidak boleh diaktifkan lagi. Anda boleh memohon Kad Debit/-i baharu di cawangan Alliance Bank yang terdekat.

Pastikan PIN 6 Digit Kad Debit/-i anda ada bersama anda. Jangan dedahkan PIN Kad Debit/-i anda kepada sesiapa.

Cara mengaktifkan Kad Debit/i baharu:

Pilihan 1 : Aplikasi mudah alih allianceonline

Pilihan 2 : Laman web allianceonline

Pilihan 3 : Di mana-mana mesin ATM Alliance Bank

Sebaik sahaja anda telah mengaktifkan Kad Debit/-i baharu anda, sila musnahkan kad lama/tamat tempoh anda serta-merta dengan memotongnya kepada beberapa bahagian dan memastikan bahagian cip dan jalur magnetik rosak sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di +603-5516 9988.

Produk deposit dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.